# Solusi lengkap untuk semua keperluan ukur & pemetaan anda

Jurukur & Pemetaan Untuk Pembangunan Lebih Baik

Kumpulan Jurukur tanah kami yang berpengalaman menggunakan peralatan canggih dan inovasi praktikal untuk mengurangkan kos mengukur dan mempercepatkan penyelesaian sesuatu projek, sambil mengekalkan kualiti yang terbaik untuk pelanggan kami.

Tentang Jurukur Mahabob & Co. Sdn Bhd

JURUKUR MAHABOB & CO. SDN. BHD. adalah salah satu Syarikat Jurukur Tanah Berlesen yang telah didaftarkan di bawah Akta Jurukur Tanah 1958. Kami adalah salah satu syarikat Jurukur Tanah & Pembangunan Tanah Berlesen yang dimiliki oleh Bumiputera.

Dengan pengalaman lebih dari 40 tahun di dalam bidang ini, JURUKUR MAHABOB & CO. SDN. BHD. (dahulu dikenali sebagai Mahabob & Co) dimiliki oleh dua (2) Jurukur Tanah berlesen dan beroperasi di dua (2) pejabat di Semenanjung Malaysia. Ibu pejabat kami terletak di Pahang dan yang kedua terletak di Kuala Lumpur. Baca Lagi...

Misi Kami

Kami adalah jurukur yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap kualiti kerja dan instrumen kami, menggunakan alat dan teknologi terkini dalam bidang ukur & pemetaan di seluruh Malaysia. Kami juga menghasilkan kualiti kerja yang tinggi dan tersusun untuk pelanggan kami.

Visi Kami

Kami adalah syarikat pilihan di Malaysia yang mempraktikkan dan mengendalikan semua kerja pengukuran dan pemetaan, di udara, di darat, di bawah tanah, dan di laut.

Untuk Mengetahui Lebih Lanjut Produk & Perkhidmatan Kami

Jangan ragu-ragu hubungi kami untuk kerja-kerja mengukur, kejuruteraan & pemetaan anda. Kami sentiasa berharap dapat mendengar khabar daripada anda.

Pelanggan Kami