
Agak-agak anda tahu tak berapa dan jabatan mana yang terlibat dalam pembahagian pecah bahagian tanah atau pecah sempadan tanah ni? Haa harini Abang Bob nak ceritakan sedikit mengenai jabatan yang terlibat dalam proses pembahagian pecah bahagian tanah dari awal proses sehinggalah selesai.

Jabatan atau agensi pertama yang terlibat adalah Juruukur Tanah Berlesen (JTB). Siapa Juruukur Tanah Berlesen ni? Haa JTB ni macam Abang Bob dan team lah, Jurukur Mahabob yang mana kami bertanggungjawab;
– Untuk membuat rundingan dengan pemilik tanah,
– Menguruskan penyedian pelan serta dokumen,
– Membuat semakan pelan dan semua dokumen (semakan zoning),
– Mendapatkan pengesahan pelan, sempadan dan lain-lain dokumen,
– Berurusan dengan Lembaga Jurukur Tanah (LJT) untuk mengeluarkan geran, batu sempadan dan sebagainya.
Kalau nak Abang Bob senaraikan secara detail tugas Juruukur Tanah Berlesen ni, mahu jenuh anda semua duk baca satu persatu, betul tak? Haa ni secara ringkasnya begitulah, makna kata pihak Jurukur Mahabob akan uruskan 100% bagi pihak pemilik tanah. Pemilik tanah buat apa? Haa pemilik tanah cuma sediakan dokumen sahaja dan yang lain JTB yang akan bereskan. Mudahkan?

Jabatan kedua yang terlibat dalam proses pembahagian pecah tanah ni adalah Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), kalau dulu orang lebih kenal sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Tahu tak kenapa kita berurusan dengan MBK? Untuk pengetahuan bersama, Juruukur Tanah Berlesen akan membuat semakan zoning secara atas talian di One-Stop Centre (OSC).
Aduh, apa pulak One-Stop Centre (OSC) ni? One-Stop Centre (OSC) membantu menyeleras dan mempercepat proses kelulusan permohonan pembangunan tanah di Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan Pejabat Tanah Daerah (PTD) yang meliputi permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan dokumen atau pelan lain.

Apabila dah settle checking dengan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Juruukur Tanah Berlesen akan berurusan dengan Pejabat Tanah Daerah atau Pejabat Tanah Galian pula untuk membuat pengesahan pelan serta dokumen sokongan yang mana mengambil masa yang agak panjang lebih kurang 8 bulan hingga 1 tahun.

Dah dapat checking di Majlis Bandaraya Kuantan? Pengesahan pelan dari Pejabat Tanah Daerah pun dah? Haa dah settle semua tu barulah Juruukur Tanah Berlesen membuat permohanan batu sempadan dan Qualified Tittle yang mana hanya mengambil masa sebulan sahaja di Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia (JUPEM).
Maka, barulah selesai pembahagian pecah tanah anda. Agak rumit dan leceh jugaklah sebab melibatkan banyak jabatan dan agensi, betul tak? Tapi itulah fungsi kami, Jurukur Mahabob yang mana akan membantu pemilik tanah menguruskan pembahagian pecah tanah anda dari awal sehingga siap. Semoga perkongsian Abang Bob harini jelas dan bermanfaat untuk semua.
Masalah anda, solusi kami. Abang Bob disini!
Untuk video penuh, jom saksikan perkongsian Abang Bob mengenai pihak yang terlibat dalam pembahagian pecah tanah, https://vt.tiktok.com/ZSRDLWS5e/
“Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan khidmat nasihat daripada kami secara percuma! Klik di sini https://mahabob.wasap.my/