
Tahu tak apa itu pecah bahagian tanah? Pecah bahagian tanah dikategorikan kepada dua iaitu pecah bahagian dan pecah sempadan. Jadi harini ni Abang Bob nak kongsikan kepada anda semua tentang pecah bahagian tanah di Pahang dan manfaatnya.
PECAH BAHAGIAN TANAH
Apa itu pecah bahagian tanah? Pecah bahagian tanah adalah memecahkan satu lot tanah kepada lot-lot yang lebih kecil mengikut bahagian seperti mana yang telah didaftarkan di dalam geran. Tujuannya adalah untuk menentukan bahagian tanah masing-masing. Senang cerita, dalam satu geran ada banyak penama. Kemudian, setiap penama ingin mendapatkan geran tanah individu. Oleh itu, proses pecah bahagian tanah di Pahang akan dibuat bagi mendapatkan hakmilik berasingan ke atas setiap individu. Pecahan tersebut akan mengikut syer pemilik seperti yang dinyatakan di dalam geran tanah. Namun begitu, terdapat beberapa syarat yang anda perlu semak dan patuh. Manakala kelulusan untuk pecah bahagian ini adalah bergantung kepada syarat yang telah ditetapkan.
APAKAH MANFAAT DARIPADA PECAH BAHAGIAN TANAH DI PAHANG?
Banyak manfaat sekiranya anda membuat permohonan pecah bahagian tanah. Antaranya, apabila anda telah mendapat geran individu secara tidak langsung anda berhak 100% ke atas tanah tersebut tanpa perlu meminta persetujuan pemilik tanah yang lain. Malah, dengan pecah bahagian ini juga dapat membantu anda untuk mengetahui dan mengenal pasti sempadan tanah anda dengan lebih jelas. Sering berlaku kes sebegini, contoh perbualan Amin bersama Leman menyatakan kawasan tanahnya sebelum membuat pecah bahagian tanah. “Leman, tanah aku dari pokok durian sampai tiang tau. Kau punya dari tiang ke pokok pagar”. Anda rasa betul ke begitu?
Tanah itu hayatnya lama, ia akan diwarisi sehingga anak cucu nanti. Jadi apabila situasi ini terjadi, ia akan menyukarkan anda untuk menguruskan tanah pada masa akan datang. Oleh itu, pentingnya anda faham dan mengetahui berkenaan pecah bahagian ini dalam menguruskan tanah anda. Jika anda tidak tahu untuk menguruskan tanah, lantiklah Juruukur Tanah Bertauliah untuk membantu anda.
Manfaat seterusnya apabila telah membuat pecah bahagian tanah ia memudahkan urusan permohonan untuk mendapatkan rumah mesra rakyat. Sebagaimana yang kita tahu, rumah mesra rakyat adalah antara bantuan kerajaan yang boleh dipohon oleh rakyat malaysia yang mempunyai tanah untuk membina rumah. Namun, apabila tanah yang dimiliki adalah geran berkongsi, pemohon perlu meminta persetujuan daripada penama tanah yang lain. Hal ini, menyukarkan proses permohonan sekiranya ada pihak yang tidak bersetuju. Tetapi sekiranya pecah bahagian tanah telah dibuat terlebih dahulu, mudah untuk pemohon membuat permohonan rumah mesra rakyat tanpa perlu persetujuan mana-mana pihak. Oleh itu, anda perlu segera lantik Juruukur Tanah Bertauliah untuk membantu anda melakukan pecah bahagian tanah. Tunggu apa lagi? Tak rugi pun kalau anda bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian hari.
Jika anda berkongsi geran dengan beberapa orang tuan tanah yang lain, anda akan mengalami masalah dalam membayar cukai tanah. Kebiasaannya cukai tanah dibayar oleh seorang tuan tanah sahaja disebabkan sikap kurang bertanggungjawab oleh tuan tanah yang lain. Apabila berlakunya perkara seperti ini, ia menjadi tidak adil untuk tuan tanah yang sentiasa membayar cukai tanah tersebut.
Sekiranya cukai tanah diabaikan, notis akan dikeluarkan. Silap haribulan tanah juga boleh dirampas sekiranya tidak melakukan bayaran cukai tanah. Oleh sebab itu, pentingnya anda perlu membuat pecah bahagian tanah. Kerana sekiranya setiap tuan tanah mendapat geran masing-masing, maka cukai tanah akan dibayar sendiri mengikut bahagian yang telah dipecah bahagi tersebut. Secara tidak langsung, setiap pemegang geran perlu bertanggungjawab untuk membayar cukai tanah masing-masing.
Abang Bob sarankan anda untuk merujuk pakar dalam bidang tanah ataupun khidmat jurukur bertauliah untuk membimbing anda daripada proses awal sehingga akhir.
Sekian perkongsian Abang Bob pada kali ini berkaitan pecah bahagian tanah . Semoga memberi manfaat kepada semua.
“Masalah Anda Solusi Kami. Abang Bob ada disini”.
Untuk video penuh, jom saksikan perkongsian Abang Bob…
Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan khidmat nasihat daripada kami secara percuma! Klik di sini >>> beacons.ai/jurukurmahabob

Berapa kos pecah bahagian
Tuan boleh terus whatsapp kami. Terima kasih.