AS-BUILT SURVEY

Ukuran yang terukur di dalam 3D Laser Scanning adalah ukuran yang menggunakan alat terrestrial laser scanner bagi mengeluarkan informasi seperti dimensi, tampak dan lokasi bagi mana-mana struktur dan komponen yang telah disiap hasil daripada penggunaan alat Terrestrial Laser Scanner. Kesemua data ini adalah di dalam bentuk 3D Point Cloud yang mana diproses untuk dipaparkan dalam lukisan.

Kami menyediakan pelbagai ukuran terukur mengikut kawasan projek tersebut. Kami mempunyai Alat 3D Laser Scanner yang mempunyai ketepatan dan kepiawan standard yang tinggi sehingga boleh menangkap dan mengambil informasi di bangunan serta struktur bagi bangunan sedia ada. Hasilnya, kami boleh mengeluarkan pelbagai output yang diinginkan seperti 3D Point Cloud, Lukisan 2D terukur berskala dan dapat membantu melancarkan perancangan sesuatu projek.

Bukan itu sahaja selain dari lukisan 2D terukur ini, kami juga berkemampuan untuk menghasilkan 3D Building Information Modelling (BIM) Model dengan ‘Level of Development (LOD)’ 300 berdasarkan data 3D Point Cloud tersebut.