Hari ini Abang Bob nak berkongsi mengenai tiga jenis kategori tanah yang mana kebanyakan dari kita masih lagi samar-samar mengenai jenis kegunaan tanah ini. Penting ke nak tahu jenis kegunaan tanah? Apa tiga kategori tanah tu ye?

Haa mari Abang Bob kongsikan..
Kategori tanah dibahagi kepada tiga iaitu, pertanian, bangunan dan perindustrian dan ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Ianya penting untuk tahu kategori ini terutama sekali dalam proses membuat pecah bahagian.
Mari Abang Bob kongsikan bersama anda tiga kategori tanah di Malaysia, nanti takde lah pening bila nak buat pecah bahagian kan?

Bagi tanah pertanian, Pihak Berkuasa Negeri (PBN) boleh menentukan jenis tanaman atau melarang tanaman tertentu, menetapkan masa serta boleh menghadkan kawasan untuk membina rumah.
Akan tetapi, tanah jenis pertanian tidak boleh didirikan apa-apa bangunan selain dari bangunan untuk kediaman tuan punya tanah, atau bangunan untuk memproses/pengedaran bahan mentah dari hasil pertanian sahaja.

Yang kedua, tanah jenis bangunan, Pihak Berkuasa Negeri (PBN) boleh mengenakan syarat seperti kawasan yang boleh dibina, jenis/reka bentuk yang diguna serta tarikh bina/siap dan kegunaan bangunan tersebut.
Untuk tanah jenis bangunan, telah termaktub bahawa setiap bangunan kediaman/ pentadbiran/ pendidikan/ makan minum atau apa-apa jenis bangunan hendaklah dijaga dan dibaiki serta tidak boleh dimusnah/ubah atau pun ditambah tanpa kebenaran bertulis pihak berkuasa.

Manakala, bagi tanah jenis perindustrian pula, ia hanya dibolehkan untuk membina apa-apa kilang/ gudang/ jeti/ bengkel atau apa-apa bangunan yang khusus untuk menjalankan aktiviti perindustrian sahaja.
Nampak macam mudah tapi biasanya “client” Abang Bob akan sangkut dekat tanah jenis pertanian dan bangunan, kerana akan ada syarat-syarat yang perlu dipindah milik sebelum melakukan apa-apa proses pecah bahagian.
Dah tahu tiga kategori kegunaan tanah di Malaysia? Dah tahu tanah yang anda duduki tu jenis kategori yang mana? Jum saksikan video penuh Abang Bob untuk lebih jelas dan faham
“Masalah anda, solusi kami. Abang Bob disini.”
Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan khidmat nasihat daripada kami secara percuma, tekan link dibawah sekarang https://mahabob.wasap.my/