BAGAIMANA NAK CARI SEMPADAN TANAH?

Biasanya masalah kekeliruan atau tak pasti dengan kedudukan tanah dengan tepat ini biasanya akan berlaku terutama dalam kalangan generasi seterusnya. Maklumat penuh dan terperinci sudah ada dalam geran, cuma disebabkan takde batu sempadan atau penanda bagi tanah tersebut yang menyebabkan generasi seterusnya sukar untuk tentukan kedudukan tanah tersebut.

Sebenarnya nak “settle”kan masalah begini mudah je asalkan dalam geran cukup informasi seperti negeri, daerah, mukim, bandar dan no. lot atau no. pt. Haa cukup lima informasi ni, bawa pergi jumpa Juruukur Tanah Berlesen (JTB). Pastu nanti Juruukur Tanah Berlesen akan uruskan dari pencarian sempadan tanah sehingga siap dengan penanaman batu sempadan.

Mudah je kan? Tapi kalau yang TAKDE GERAN? GERAN HILANG? Alamak kalau yang macam ni, macam mana pulak ya? Nak tahu tak macam mana?

Sebenarnya, cara dia sama je dengan di atas tadi, cuma bezanya anda kene pergi Pejabat Tanah berdekatan untuk membuat Permohonan Geran Baru. Pejabat Tanah ada simpan ke? Iyaa, Pejabat Tanah sememangnya ada simpan geran tanah anda.

Proses untuk buat permohonan geran baru bergantung pada Pejabat Tanah tersebut. Bila dah dapat geran tanah tu, barulah boleh bawa dokumen tu jumpa Juruukur Tanah Berlesen untuk bantu anda cari kedudukan sempadan tanah anda dengan tepat dan jelas.

Untuk sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan kami : 

https://mahabob.wasap.my/

Ketahui informasi yang lebih menarik di sini >> https://vt.tiktok.com/ZS8BGqdfQ/

2 thoughts on “BAGAIMANA NAK CARI SEMPADAN TANAH?”

  1. An excellent read that will keep readers – particularly me – coming back for more! Also, I’d genuinely appreciate if you check my website Seoranko about Mobile Apps. Thank you and best of luck!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *